Friday, 30 November 2012

Pemakanan


Gaya hidup sihat merangkumi aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Amalan gaya hidup sihat dapat membantu kita mengelak daripada risiko penyakit dan masalah kesihatan. Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah amalan gaya hidup sihat.
            Kita perlu berhati-hati semasa memilih makanan supaya tidak memudaratkan kesihatan. Sebelum membeli makanan, penting bagi kita meneliti label kandungan pada bungkusan makanan. Perbuatan ini dapat membantu kita membuat pilihan bahan makanan yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.

LABEL KANDUNGAN MAKANAN :   mengandungi maklumat mengenai produk makanan tersebut.

Kepentingan label kandungan produk makananKita perlu bijak membuat pilihan menentukan makanan yang makan. Label kandungan makanan memberikan maklumat tentang barangan dari segi mutu ahan dan tempoh penggunaan.

Maklumat pada label kandungan produk makanan: Kenyataan yang tercacat pada label kanduangn sesuatu produk makanan memberikan maklumat tentang produk tersebut. Gambar berikut merupakan maklumat-maklumat yang perlu dipertimbang semasa membuat pilihan sesuatu produk makanan.





Wednesday, 28 November 2012

kepentingan makanan seimbang


Makanan seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak serta vitamin dan mineral.
ü      Karborhidrat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti harian.
ü      Protein pula membekalkan nutrient supaya tubuh kita dapat membesar dengan sempurna.
ü      Lemak diperlukan sedikit sahaja untuk membekalkan haba kepada tubuh kita.
ü      Vitamin dan mineral juga diperlukan untuk memelihara fungsi tubuh dan melindung kita daripada penyakit.


PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan ialah panduan pengambilan makanan pada kadar tertentu mengikut kumpulan dan jenis makanan,

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.

Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.

Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.
Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.

Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :

* Kalori.
* Lemak.
* Kolesterol.
* Natrium.
* Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.

Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.

muat turun dari: http://mytipskesihatan.blogspot.com/2010/05/piramid-makanan.html

Monday, 26 November 2012

Pemakanan Sihat


Pemakanan sihat bermaksud sajian makanan yang kita ambil mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh.
Makanan seimbang seharusnya mempunyai :
i.                    Tenaga makanan yang mencukupi
ii.                  Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii.                Kandungan fiber yang mencukupi.
iv.                Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.



Karbohidrat ialah
·               polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia.
·               sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
·               nutrien yang mengandungi karbon,hidrogen dan oksigen.


Kebaikan : membekalkan tenaga bagi kegunaan badan. 
Kekurangan:
i.                    boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.
ii.                  Karbohidrat yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes. (Penyakit ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat.)
Punca makanan :
§         Bijirin – beras, gandum, oat dan jagung.
§         Hasil bijirin – roti, mi dan bijirin sarapan.
§         Ubi-ubian – kentang, keledek dan keladi.



google image
Protein
·       terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen.
·       dapat membina tisu badan, enzim dan hormon.
·       Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino
·       1/5 bagian tubuh adalah protein, separuhnya ada dalam otot, 1/5 di dalam tulang dan tulang rawan, 1/10 dalam kulit, dan selebihnya dalam jaringan lain dan cairan tubuh.
Kelebihan Protein:
Protein bagi tubuh adalah sebagai zat pembangun, apabila terjadi luka maka protein dapat membangun kembali sel-sel yang rusak.
Kekurangan protein:
        i.            Badannya sangat kurus akibat hilangnya otot dan lemak tubuh.
      ii.            Jika anak mengalami cedera atau infeksi yang meluas, prognosanya buruk dan bisa berakibat fatal.
    iii.            Penyakit kulit dan perubahan warna rambut.
 Punca makanan :
ü      Daging
ü      Ikan
ü      Kerang
ü      Ayam
ü      Susu
ü      Kacang-kacangan
ü      Telur





http://www.cekkesehatan.com/tag/jenis-makanan-lemak/
Lemak ialah
§         salah satu zat yang dibutuhkan oleh tubuh dan menurut ahli kesihatan tubuh memerlukan 20-30% lemak dari jumlah keseluruhan makanan yang kita konsumsi.
§         Lemak yang berasal dari haiwan mengandungi banyak kolesterol yang bermanfaat bagi tubuh lemak dapat digolongkan menjadi 2 jenis, iaitu lemak yang berasal dari haiwan dan tumbuhan atau yang dikenal sebagai lemak nabati.

.Kelebihan lemak:
·         Lemak merupakan sumber tenaga yang paling besar. Setiap gram lemak menyediakan 9 kalori lebih besar dari kalori yang dihasilkan karbohidrat dan protein. Lemak juga membantu penyerapan beberapa vitamin (vitamin A, D, E, dan K) dalam tubuh agar tubuh tetap sihat.
·         Lemak memainkan beranan penting dalam memelihara kulit, rambut, dan berbagai organ penting dalam tubuh seperti ginjal, liver, organ reproduksi, serta menjaga badan tetap hangat. Banyak organ vital dalam tubuh seperti otak, ginjal, jantung, dan usus dilindungi oleh lemak.
Kekurangan lemak:
·         tubuh tidak dapat menjalankan fungsi perbaikan yang penting bagi tubuh
Punca makanan:
v     Minyak
v     Marjerin atau mentega
v     Susu tinggi lemak
v     Santan


Mineral adalah nutrisi penting untuk pemeliharaan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mineral dan vitamin bertindak secara interaksi. Tubuh badan  perlu vitamin agar mineral dapat bekerja dan sebaliknya.
Kelebihan Vitamin dan Mineral:
·          membangun sel-sel kulit, melindungi mata, menjaga tubuh dari infeksi, sekaligus untuk pertahanan dan perbaikan sel-sel tubuh, maupun untuk pertumbuhan gigi dan tulang.
Kekurangan Vitamin dan Mineral:
·         anak yang mengalami cacat lahir, kebutaan, dan mengalami ketidakmampuan untuk belajar dengan baik. (Setiap tahun lebih dari satu juta anak di bawah lima tahun meninggal kerana kekurangan vitamin A dan zinc).
·         pembengkakan kelenjar tiroid di leher. Kekurangan iodium terutama mempengaruhi perkembangan otak.
·         merusak perkembangan otak serta meningkatkan kematian ibu dan anak.

Punca makanan:
Ø      Buah-buahan – betik, jambu batu dan nanas.
Ø      Sayur-sayuran – kangkung dan lobak merah.





http://www.cepp.utm.my/rcentre/download_view.php?download=2613

Cara-cara pencegahan pembiakan Nyamuk Aedes


Saturday, 24 November 2012

Jenis, tanda dan simptom penyakit


 Penyakit bawaan air
Ø      Gejala-gejala
-     seperti demam, sakit badan, sakit kepala, sakit perut, muntah,                      
       cirit- birit, atau jaundice.
             -   Dalam kes yang lebih serius lagi,  boleh membawa maut apabila seseorang  
                  itu  mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, kegagalan fungsi hati,  
                  pendarahan di bahagian paru-paru, atau infeksi di bahagian otak, dan
                  kegagalan fungsi organ- organ dalaman yang lain.
Ø      langkah pencegahan
                        -     membasuh tangan dengan sabun dan air yang telah dirawat dan bersih.  
                              sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan, selepas ke tandas,
                              selepas membuat aktiviti pembersihan, dan selepas menyentuh barangan
                              yang dicemari oleh air banjir atau air kumbahan.
                          -   air minuman harian perlulah bersih dan selamat untuk diminum dengan
                               memasak air sehingga 2 hingga 3 minit dan merawat air dengan klorin. 
                          -   mandi dan menggosok gigi dengan menggunakan air yang bersih dan
                              terawat.

       Penyakit bawaan vektor

                          - Penyakit yang dibawa oleh vektor seperti lalatdan nyamuk 
                         - Contoh penyakit yang disebarkan ialah demam denggi dan malaria  
                          
                   Tanda dan simptom penyakit
Ø      Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.
-Petekia (bintik-bintik merah pada kulit)
-Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan  kepala.

HIV/AIDS

Ø            Tanda  dan simptom penyakit

- hilang berat badan mendadak ( lebih 10%)
- cirit-birit atau demam berpanjangan ( lebih 1 bulan )
- jangkitan pneumonia’jangkitan (pneumonia,brain,retinitis)
- tibi ( paru-paru/extra pulmonari)
- jangkitan fungus seperti candidiasis ( dalam mulut),Cryptococcus,(pneumonia  
  dan meningitis)
- toxoplasmosis ( brain)
- jangkitan Herpes dan kayap
                                - jangkitam protozoa                                      


Hepatitis          
Ø           Tanda dan simptom penyakit
        -   demam
        -  tidak selera makan
        -  letih atau lesu
        -   sakit-sakit sendi
        -   kehilangan berat badan
        -   pucat
Ø      Cara mencegah                
      -  Elakkan menderma darah
      -  Elakkan berkongsi benda-benda peribadi yang boleh melukakan kulit 
         seperti berus gigi, pencukur dan pemotong kuku dengan rakan dan
         pasangan .
       - Berhati-hati semasa membuang benda-benda yang dicemari darah anda  
         supaya tidak terkena orang lain.
       - Amalkan kebersihatan dalam kehidupan anda

Penyakit


 Penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit mudah merebak dalam sesuatu komuniti masyarakat malahan ia boleh merebak dengan cepat dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Oleh itu penyakit berjangkit perlu dikawal sepenuhnya mengikut cara merebak dengan langkah-langkah kawalan yang sesuai.

Biasanya penyakit merebak malalui kuman atau virus yang terdapat paada air liur, najis,darah,air kencing,cecair badan,pernafasan atau permukaan kulit.Makanan dan air minuman juga boleh menjadi agen pembawa penyakit berjangkit.Penyakit berjangkit boleh dikelaskan mengikut cara merebak atau jangkitan dan mudah dikenali melalui tanda-tanda serta simptomnya.

Jenis-jenis penyakit
      a. Selesema
           Hidung berair ,sakit kepala ,sakit kerongkong dan mata beriar.
    
      b. Taun
         Cirit birit dan muntah secara tiba-tiba dan berterusan.

      c. Cacing
           Kurang hadam makanan, hilang selera makan, pening kepala, batuk, muntah dan rasa mual.

      d. Panau
           Bintik-bintik atau tompokan putih yang kadangkala gatal pada bahagian kulit yang dijangkit.

      e. Kurap
         Tompokan berwarna kemerah-merahan dan gatal-gatal pada bahagian yang dijangkit.


      f. Batuk
         Penyingkiran udara daripada paru-paru secara tiba-tiba dan berterusan.

Cara merebak
  • Melalui udara

     Kuman tibi disebarkan melalui udara. Apabila pesakit tibi batuk atau bersin, sejumlah dos  kuman tibi akan tersebar ke dalam udara. Jika udara yang tercemar dengan kuman ini tersedut, peluang seseorang itu untuk mendapat penyakit tibi adalah tinggi.

  • Gigitan serangga

    Demam denggi  adalah disebabkan oleh sejenis virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes .

  •  Bawaan air

    Air merupakan keperluan asas bagi manusia yang disediakan untuk keperluan seharian.Pencemaran terhadap air  apabila terjadinya banjir di sesuatu kawasan atau minum air yang tidak dimasak.Contoh penyakit dari serangan ini adalah demam berdarah dan malaria.

  • Makanan

   Penyakit bawaan makanan atau keracunan makanan terjangkit kalau makan atau minum bahan tercemar.Penyebab umumnya adalah kuman,virus dan racun.gejala biasanya akan cirit-birit,mual, sakit perut dan demam.


Cara mencengah
  •  sentiasa mengekalkan kebersihan.
  •  sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makananselepas menggunakan tandas bagi mengelakkan pencemaran bakteria.
  • kebersihan di dapur juga penting di mana segala peralatan dan permukaan yang digunakan semasa penyediaan makanan dicuci serta disanitasi.
  • Kawasan dapur dan makanan hendaklah dilindungi daripada serangga, haiwan perosak dan haiwan-haiwan lain.
  • memasak pada suhu didih selama 5 hingga 10 minit telah mencukupi untuk membunuh bakteria menggunakan air dan bahan mentah yang selamat
  • mentah pula perlulah segar, berkhasiat dan selamat.
  • pastikan sayuran dan buah-buahan ini dibasuh sebelum dimakan. 
  • Bagi makanan terproses, pilihlah yang selamat seperti susu yang berpasteur selain memastikan makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak digunakan lagi.
  • Pakai kasut semasa bermain di luar.
  •  Guna pelindung hidung membasmi haiwan pembawa penyakit.