Gaya hidup sihat merangkumi aspek kesihatan
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Amalan gaya hidup sihat dapat
membantu kita mengelak daripada risiko penyakit dan masalah kesihatan.
Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah amalan gaya hidup sihat.
Kita perlu berhati-hati
semasa memilih makanan supaya tidak memudaratkan kesihatan. Sebelum membeli
makanan, penting bagi kita meneliti label kandungan pada bungkusan makanan.
Perbuatan ini dapat membantu kita membuat pilihan bahan makanan yang berkualiti
dan selamat untuk dimakan.
LABEL KANDUNGAN MAKANAN : mengandungi maklumat mengenai produk makanan tersebut.
Kepentingan label kandungan produk makanan : Kita perlu bijak membuat
pilihan menentukan makanan yang makan. Label kandungan makanan memberikan
maklumat tentang barangan dari segi mutu ahan dan tempoh penggunaan.
Maklumat pada label kandungan produk makanan: Kenyataan yang tercacat
pada label kanduangn sesuatu produk makanan memberikan maklumat tentang produk
tersebut. Gambar berikut merupakan maklumat-maklumat yang perlu dipertimbang
semasa membuat pilihan sesuatu produk makanan.
No comments:
Post a Comment