Saturday, 24 November 2012

Penyakit


 Penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit mudah merebak dalam sesuatu komuniti masyarakat malahan ia boleh merebak dengan cepat dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Oleh itu penyakit berjangkit perlu dikawal sepenuhnya mengikut cara merebak dengan langkah-langkah kawalan yang sesuai.

Biasanya penyakit merebak malalui kuman atau virus yang terdapat paada air liur, najis,darah,air kencing,cecair badan,pernafasan atau permukaan kulit.Makanan dan air minuman juga boleh menjadi agen pembawa penyakit berjangkit.Penyakit berjangkit boleh dikelaskan mengikut cara merebak atau jangkitan dan mudah dikenali melalui tanda-tanda serta simptomnya.

Jenis-jenis penyakit
      a. Selesema
           Hidung berair ,sakit kepala ,sakit kerongkong dan mata beriar.
    
      b. Taun
         Cirit birit dan muntah secara tiba-tiba dan berterusan.

      c. Cacing
           Kurang hadam makanan, hilang selera makan, pening kepala, batuk, muntah dan rasa mual.

      d. Panau
           Bintik-bintik atau tompokan putih yang kadangkala gatal pada bahagian kulit yang dijangkit.

      e. Kurap
         Tompokan berwarna kemerah-merahan dan gatal-gatal pada bahagian yang dijangkit.


      f. Batuk
         Penyingkiran udara daripada paru-paru secara tiba-tiba dan berterusan.

Cara merebak
  • Melalui udara

     Kuman tibi disebarkan melalui udara. Apabila pesakit tibi batuk atau bersin, sejumlah dos  kuman tibi akan tersebar ke dalam udara. Jika udara yang tercemar dengan kuman ini tersedut, peluang seseorang itu untuk mendapat penyakit tibi adalah tinggi.

  • Gigitan serangga

    Demam denggi  adalah disebabkan oleh sejenis virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes .

  •  Bawaan air

    Air merupakan keperluan asas bagi manusia yang disediakan untuk keperluan seharian.Pencemaran terhadap air  apabila terjadinya banjir di sesuatu kawasan atau minum air yang tidak dimasak.Contoh penyakit dari serangan ini adalah demam berdarah dan malaria.

  • Makanan

   Penyakit bawaan makanan atau keracunan makanan terjangkit kalau makan atau minum bahan tercemar.Penyebab umumnya adalah kuman,virus dan racun.gejala biasanya akan cirit-birit,mual, sakit perut dan demam.


Cara mencengah
  •  sentiasa mengekalkan kebersihan.
  •  sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makananselepas menggunakan tandas bagi mengelakkan pencemaran bakteria.
  • kebersihan di dapur juga penting di mana segala peralatan dan permukaan yang digunakan semasa penyediaan makanan dicuci serta disanitasi.
  • Kawasan dapur dan makanan hendaklah dilindungi daripada serangga, haiwan perosak dan haiwan-haiwan lain.
  • memasak pada suhu didih selama 5 hingga 10 minit telah mencukupi untuk membunuh bakteria menggunakan air dan bahan mentah yang selamat
  • mentah pula perlulah segar, berkhasiat dan selamat.
  • pastikan sayuran dan buah-buahan ini dibasuh sebelum dimakan. 
  • Bagi makanan terproses, pilihlah yang selamat seperti susu yang berpasteur selain memastikan makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak digunakan lagi.
  • Pakai kasut semasa bermain di luar.
  •  Guna pelindung hidung membasmi haiwan pembawa penyakit.                     







No comments:

Post a Comment